Uncategorized

Saat Magika Bersama TWB

Bismilahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Hai semua..Alhamdulillah, akhirnya 1st entry mlm ni walaupun website belum siap sepenuhnya kita go on dulu…

Wahhh….Tajuk je dah ada magis2 gitu..Saat Magika Bersama TWB..😍

Apa tu TWB? Macam mana saya kenal dan tahu tentang TWB? Kenapa saya tak sabar2 nak join TWB? Apa yang saya dapat bila join TWB?

Siapa dan apa yang membuat saya bersungguh2 untuk terus serius untuk bersama2 dgn TWB? Apa harapan & impian saya dalam TWB?

CEH..CEH..CEHHH banyak betul persoalan di minda..haha mcm lagu Najwa Latiff pulak..

APA TU TWB?

Nama panjang nye adalah The Walking Beauty yang telah diinspirasikan oleh Master Ainul Shahrazad salah seorang Master dalam Shaklee..

Ok kita xmau citer tentang master ainul hehe..tapi nak berterima kasih sangat dengan beliau sebab dgn idea & inspirasi beliau la wujudnya TWB ni makanya ramai wanita2 di luar sana termasuk saya dapat menaiktaraf ekonomi keluarga dan dalam masa yang sama menjadikan kita wanita bukan sahaja cantik luar & dalam tapi cantik yg berilmu dan berduit tau!! Beauty with brain gituu..😘

Oh lupa nk bagitau The Walking Beauty adalah team untuk wanita2 yg minat dengan kecantikan, so ia adalah sebuah kumpulan di mana kita dapat belajar tentang ilmu spa & sekaligus dapat menjana pendapatan hanya dari rumah..Ala mcm perkhidmatan spa di kedai2 spa tu, tapi kita bermula hanya dari rumah tak perlu modal yg besar untuk bina & sewa kedai..buat dari rumah jee..

Bermulalah kisah..Jeng jeng jengg..kembar Youth Skincare πŸ˜…

Ceritanya macam ni, saya memang minat dengan kecantikan & dunia alat solek πŸ˜‚ pernah berimpian nak buka butik pengantin & jadi mak andam ..hehe, yela impian semua org ada impian & cita2 kan?

Saya dah mula survey tentang kursus2 spa tanpa kedai ni sejak dari 2010 lagi tau! Masa tu saya dah berkahwin anak 2 nak masuk 3..Bayangkan sekarang da 2018 baru la secara rasminya saya berjaya melangkah setapak ke dalam profesion ni..cewah profesion gitu!

Sayang kan lama sangat amik masa tu…macam cerita Youth la pulak 8 tahun amik masa untuk penghasilan skincare terhebat ni, so Youth kita kembar ok? hehehhe mcm ada jodoh la kan,suratan atau kebetulan? eh tapi memang pun projek spa TWB memang sangat berkait rapat dengan Youth!

Jiwa meronta-ronta dengan dilema ibu bekerja..

Hampir 11 tahun bekerja di pejabat, hati memang nak sangat kalau boleh dapat duduk rumah membesarkan anak2 depan mata tapi kekangan ekonomi buat pilihan untuk berhenti kerja tu tanam jauh2 dalam hati di lubuk yg paling dalam..hehe..

Selalu saya bukak google search macam2 tentang macam mana nak buat duit sampingan..Sebelum join TWB saya adalah ahli Shaklee dah pun cuma masa tu bukanla serius sangat utk aktif cuma makan sendiri sahaja utk family..

Join dropship dengan harapan buat duit poket..

Sampai satu masa Shaklee dah buat satu sistem di mana ahli kena renew setiap tahun, memandang kan saya tak aktif so memang tak ingat pun nak renew..haha sampai keahlian pun expired! Saya juga pernah jadi dropship produk kosmetik, yela minat dengan kecantikan la katakan..tapi tak bertahan lama sebab macam2 masalah yg saya rasa tak perlu la diceritakan kat sini..

Jatuh cinta dengan TWB..

Penglibatan saya bermula setelah terjumpa dengan satu blog ni..saya cuma google je tajuk kursus mobile spa dan keluar mcm2 blog ttg mobile spa..pilihan saya dah tentulah nak klik blog yg 1st page 1st ranking..hehe akhirnya sy baca blog yg sekarang da jadi mummy saya dah pun Puan Wan Syahida Syukri @ Shye..terima kasih mentor! Muaah ciket…

Google dan baca blog Shye setiap hari..

Hari2 sy buka blog beliau..baca ulang2 kali posting2 tentang Β spa, kursus, potensi, produk & mcm2 sampai puas ati..kebetulan kursus spa & produk yg ditawarkan adalah Shaklee..dalam hati kata Yesss!! Yelah sebab saya dah tau Shaklee adalah company kukuh yg memang ada sistem yg hebat & produk yang 100% selamat dan dari sumber semulajadi yg terbukti dari segi keselamatan & kualiti serta keberkesanannya..

Nekad..

Hari tu saya beranikan diri whatsapp Shye tanya sedikit sebanyak tentang kursus, then terus buat payment pd hari yg sama..😁 haha… yela, saya memang da target lama & masa tu mmg da ada keputusan nekad tak mau tangguh2 lagi..kursus masa tu cuma RM1,199 dan sy dapat belajar 6 course dan dapat trial kit spa & produk2 kecantikan Shaklee..mana nak dapat harga macamni, sebab saya taula saya da survey macam2 tempatΒ πŸ˜‚πŸ˜‚

Tak sabar nak training..

Maka pada 12.02.2018 secara rasminya saya sah menjadi sebahagian dari teamTWB dan mengkatifkan semula diri di dalam Shaklee..Alhamdulillah dan bermulalah episod saya pergi training course seminggu selepas tu dengan kak as @ puan asnita..thank you kak as atas tunjuk ajar yg diberi, jasamu tetap ku kenang!

Tidak sihat bukan penghalang ku untuk berjuang..

Hehe..masa ni cabaran juga nak pergi training sebab saya dilanda demam & selsema..tapi nekad dan semangat sebab 20hb kami sekeluarga nak pergi bercuti ikut company tempat kerja husband buat annual trip ke Pulau Tinggi, Mersing.

Dalam kepala masa tu dah rancang nak buat service spa kat wife kawan2 husband..terima kasih Shye sebab sabar melayan kerenah sy yang tak sabar2 nak training..

Anak-anak sumber kekuatan..

Haha lucu! Pergi Pasir Gudang dari Pekan Nenas untuk training dengan demam lagi, bawak semua anak2 4 orang..drive lebih 100km pergi balik..ok kenapa saya nekad nak buat project spa dengan TWB sudah tentula sebab anak2 saya..mereka keutamaan saya dan menjadi sumber kekuatan saya!

Saya nak luangkan lebih banyak masa mendidik & membesarkan mereka di depan mata bukan di rumah pengasuh..Saya nak mereka ada saya saat mereka memerlukan saya..InsyaAllah tak lama lagi je sayang..

Business mobile spa banyak permintaan dari pelanggan..

Mlm tu habis training & saya sah menjadi Certified Beautician..dan selepas subuh bergerak ke Mersing..kita hanya merancang Tuhan yg menentukan..demam masih x kebah makin terasa selsema bertambah kuat dan batuk..jadinya saya tak dapat nak facial kan kawan2 kat pulau tu..

Promot service spa..

Walau badan tak sihat, tapi mulut masih ada..saya galak berkongsi  & bercerita tentang service spa saya..masing2 teruja dan nak buat spa bila balik dari pulau nanti..mulalah sesi bertukar no telefon..saya da mula nampak dan percaya potensi business ni sangat cerah 😍

syukur, teruja & rasa amat bertuah dapat jumpa Master Ainul 😍 dapat ambil aura beliau!

Semangat tengok duit hasil spa..

Dan percaya tak 2 minggu menjalankan business spa yang dinamakan Leyla’z Beauty Home & Mobile Spa saya dah dapat almost rm600 hanya secara part time iaitu hanya sejam waktu malam selepas balik dari kerja dan selepas settle urusan memasak zasss ke rumah customer..itu part time sahaja kalau full time?

Alhamdulillah rezeki dan permintaan pun ramai dan sangat menggalakkan! Dan saya semakin bersemangat lepas tengok duit yg kita dapat tu…πŸ˜‚πŸ˜‚ cium2 eh pastu masuk tabung! Sekarang dah lebih sebulan dan alhamdulillah business spa saya semakin dikenali!

TWB mengubah personaliti diri menjadi lebih positif & berkeyakinan..

So apa yang best join TWB ni? Pertama dah tentu la sebab dapat duit, duit ni macam2 bukan sebab kita gila duit haha tapi bermaksud dapat tingkatkan taraf ekonomi ok!

Kedua dapat meluaskan kenalan kita di kalangan2 rakan2 baik dari rakan2 customer kita dan juga rakan2 di team TWB, leader2 yg berjaya yang mempunyai aura positif sekaligus kita akan secara tak langsung jadi manusia yg positif juga!

Ketiga, kita juga dapat membantu ramai orang lain dikalangan wanita2 supaya dapat menjaga kesihatan & juga kecantikan, mereka gembira dengan service kita bermakna mereka mendoakan kejayaan business kita..

Keempat, secara tak langsung dengan join TWB kita juga akan lebih sayang diri kita sendiri, dapat ilmu & automatik kita akan jadi peka dengan kesihatan & kecantikan diri..dapat transform diri jadi lebih berkeyakinan & always cantik gitu!

Kelima walaupun kita tidak bekerja duduk rumah tetap nampak cantik dan berduit ok, dapat luangkan masa lebih banyak dengan keluarga pergi travel tanpa perlu minta cuti dgn boss, travel pun duit masih boleh masuk dengan sistem di TWB sebab pendapatan kita adalah 5 penjuru bukan dari spa semata!

Harapan & impian bersama TWB

Β Hehe tapi yg kelima tadi ni belum dapat saya capai tapi dah menjadi target dan bayang2 dalam kepala duduk rumah pergi travel dgn anak2! Pendapatan tanpa had dan dapat kebebasan masa..InsyaAllah soon & very soon!

Ingat daku dalam doamu..

Ok semua harap coretan & sedikit perkongsian dari saya dapat memberi kebaikan, manfaat & juga inspirasi pada wanita2 yg sama macam saya di luar sana..Doakan saya supaya segala urusan dipermudahkan & berjaya menggapai impian & kejayaan! Genggam bara api biar sampai menjadi abu! SEKIAN, wassalam…

 

Nota kaki: Those yg ingin menyertai sebahagian dari team TWB jangan malu dan segan tetapkan tekad dan terus hubungi saya ok..Berjaya bersama-sama 😍

leylaluvya@01117567239@urbeautyconsultant@thewalkingbeauty

 

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

%d bloggers like this: